Monday 31 October 2011

JAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN


Jawatan yang ditawarkan bagi Anggota Kumpulan Sokongan adalah seperti berikut:
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

arrow-3
Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
Bertanggungajawab menjalankan tugas-tugas kewangan sepenuh masa diperingkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun dan pelaburan pinjaman.

arrow-3
Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
3. Pembantu Makmal Gred C17
Bertanggungjawab menjalankan uji kaji di makmal dan menyelenggara bahan-bahan serta peralatan makmal.

arrow-3
Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal Gred C17
4. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
 a. Khidmat Telefon (Luaran)
    
   Bertanggungjawab untuk mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon daripada luar yang berurusan dengan jabatan:
    
   
 i. Menjawab panggilan dengan segera iaitu sebelum deringan kedua atau selewat-lewatnya semasa deringan ketiga;
    
 ii. Menjawab panggilan dengan mesra dan suara yang jelas untuk didengar oleh pemanggil; dan
    
 iii. Menjawab panggilan dengan ucapan selamat dan diikuti oleh pengenalan diri, dan nama organisasi dengan nada suara yang ceria dan ramah.
    
 b. Khidmat Telefon (Dalaman)
    
   Bertanggungjawab untuk mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon daripada dalam dan menyambungkan panggilan kepada agensi/pegawai yang diperlukan.
    
 c. Khidmat Perhubungan Pelanggan
    
   
 a. Bertanggungjawab untuk melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan antaranya:
    
   
 i. Bertanya pelanggan/tetamu secara tertib dan mesra akan urusan yang diperlukan;
    
 ii. Memberikan penerangan kepada pelanggan/tetamu yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi;
    
 iii. Membantu pelanggan/tetamu untuk berurusan dengan pegawai yang berkaitan mengenai isu berbangkit (sama ada mengenai aduan atau maklum balas yang diperlukan);
    
 iv. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan daripada pelanggan/tetamu sehingga kes selesai; dan
    
 v. Memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.
    
 b. Bertanggungjawab mengumpul, menyenggara dan menggunakan maklumat pelanggan/tetamu untuk mencadangkan penambahbaikan ke atas penyampaian perkhidmatan.


arrow-3
Skim Perkhidmatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
5. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah dan mengasuh murid-murid di asrama sekolah pendidikan khas dan asrama desa di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

arrow-3
Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17
6. Penyelia Asrama Gred N17
 a. Menyedia dan memastikan tempat tinggal penghuni asrama berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas;
    
 b. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran, inventori dan kemudahan; dan
    
 c. Memastikan penghuni asrama mematuhi semua peraturan asrama.


arrow-3
Skim Perkhidmatan Penyelia Asrama Gred N17

No comments:

Post a Comment